Seramai 130 orang pelajar PPKI termasuk guru pengiring dari Sekolah Kebangsaan Pantai, Wilayah Persekutuan Labuan telah menghadiri lawatan ke Perpustakaan Awam Labuan pada 3 Oktober 2022 yang lalu. Lawatan tersebut diadakan seawal pukul 8 pagi di Tingkat 11, Menara Perbadanan Labuan yang dimulakan dengan taklimat dan diteruskan dengan beberapa aktiviti menarik seperti persembahan bakat, mari bercerita, permainan i-Play dan seterusnya lawatan ke setiap bahagian di Perpustakaan Awam Labuan. Lawatan ini dikendalikan oleh Perpustakaan Awam Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama bersama Perpustakaan Desa Wilayah Persekutuan Labuan.
Tujuan lawatan ini adalah memberikan pendedahan kepada pelajar berhubung dengan fungsi perpustakaan dan memberikan pengalaman kepada pelajar untuk merasai sendiri suasana di perpustakaan awam. Secara keseluruhannya, lawatan ini berjalan dengan lancar dan mendapat maklum balas yang baik daripada pelajar dan guru yang terlibat. Perpustakaan Awam Labuan dan Perpustakaan Desa juga amat mengalu-alukan lawatan sambil belajar ini diteruskan di masa akan datang.






