Seramai 130 orang pelajar PPKI termasuk guru pengiring dari Sekolah Kebangsaan Pantai, Wilayah Persekutuan Labuan telah menghadiri lawatan ke Perpustakaan Awam Labuan pada 3 Oktober 2022 yang lalu. Lawatan tersebut diadakan seawal pukul 8 pagi di Tingkat 11, Menara Perbadanan Labuan yang dimulakan dengan taklimat dan diteruskan dengan beberapa aktiviti menarik seperti persembahan bakat, mari bercerita, permainan i-Play dan seterusnya lawatan ke setiap bahagian di Perpustakaan Awam Labuan. Lawatan ini dikendalikan oleh Perpustakaan Awam Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama bersama Perpustakaan Desa Wilayah Persekutuan Labuan.
Thursday, December 8, 2022
Tuesday, December 6, 2022
SINOPSIS BUKU : CINTA ATAS KERTAS OLEH SHARIFAH ABU SALEM
Sekembali dari perantauan kerana melanjutkan pelajaran ke luar negara, Qhalif berkahwin dengan Mia atas pilihan ibunya. Kenapa dengan Mia sedangkan dia amat mencintai kakaknya, Adira? Bukti cinta itu terpahat di dalam hati di dalam setiap surat yang dikirimkan sepanjang tempoh 20 tahun sugguhpun Adira tidak pernah membalasnya.
Adira hanya pasrah. Dia tidak meminta sesuatu selain kebahagiaan Mia. Biarlah rasa cinta itu dipendam seorang diri. Tidak mahu melayai kekecewaan, dia menjalin hubungan dengan Zarul, duda anak satu yang menghadapi konflik dengan bekas isteri dan bapa mentuanya.
Perkahwinan Mia dan Qhalif hanya bertahan lima bulan. Kemalangan yang menimpa mereka menyebabkan kecacatan teruk pada Qhalif. Mia tidak sanggup menghadapinya. Dia harus menuntut cerai!
Monday, December 5, 2022
SINOPSIS BUKU : THE ADVENTURES OF SHERLOCK HOLMES (EDISI BAHASA MELAYU)
Sir Arthur Conan Doyle mencipta watak Sherlock Holmes pada tahun 1886, dan telah menulis sebanyak 56 cerita pendek dan empat buah novel berkenaan watak penyiasat terkenal dunia ini. Jilid The Adventures of Sherlock Holmes ini merupakan terbitan ketiga selepas A Study of Scarlet (Penyiasatan Benang Berdarah) dan The Sign of Four (4 Pemburu Harta). The Adventures of Sherlock Holmes ini pertama kali diterbitkan pada 14 Oktober 1892. Ia mengumpulkan 12 cerita pendek yang sebelum itu pernah diterbitkan dalam majalah The Strand bermula dari Julai 1891 hingga Jun 1892.


.jpg)